<body>
? Pengalaman pahit dimasa form 2… @ Sunday, November 1, 2009 ?

Kawan menjadi musuh. Musuh menjadi kawan..

Itulah ungkapan2 yang ku ingin ceritakan..

Di suatu masa dahulu, aku mempunyai kawan yang sangat baik sejak kecil lagi.. Dia juga adalah kawan sepermain ku sejak kecil lagi. Pada waktu itu ku berumur 7 tahun.

Kawan sepermainan itu lah kita berkawan sejak dari kecil lagi hinggalah ke dewasa. Namanya “N.F”

Sungguh ku tak sangka takdir telah menemukan kita. Di suatu tempat, ku telah melihat cahaya kegembiraan dan di situlah ku bermula tali persahabatan kita sangat kuat dan tidak mudah terputus.

Setiap hari, sahabat karib ku itu akan menunggu di depan rumah ku dan kita akan pergi ke sekolah bersama-sama.

Dialah kawan pertama aku dan Dialah punca inspirasi ku dan memberi semangat kepada ku. Dan dialah hanya satu-satu kawan yang telah mendengar ku memainkan lagu piano buat pertama kalinya dan dialah yang pertama sekali memujiku bermain piano itu..

Pada waktu petang, kita bergembira dan bermain bersama.

Alangkah bagusnya masa pada hari itu akan kekal buat selama-lamanya.. Alangkah bagusnya zaman kekanakkan itu tidak akan berakhir… Dan alangkah bagusnya ku dapat kembali pada zaman itu..

Tapi… Semua itu adalah perkara yang mustahil. Ku sedar… Bahawasanya masa tidak akan menunggu kita dan makin hari makin kita menjadi dewasa.

Apabila ku telah mencecah umur 14 tahun, sahabat karib sepermainan ku telah kutemu sekali. Takdir telah menemukan kita berdua sekali lagi. Tapi, apabila masa telah dihanyutkan makin hari, kita pun telah menjadi gadis remaja. Tetapi dengan hampanya, dia tidak sebegitu rapat dengan ku sudah. Dia menganggap bahawa masa-masa kita bersama dahulu hanyalah seperti memori yang sudah lama pupus. Dan dia sudah berubah. Kita tidak boleh melawan takdir dan setiap manusia mungkin akan berubah apabila masa berlalu.

Tetapi pada masa itu juga, ku hanya redha dengan apa yang telah berlaku dan meneruskan kehidupan ku. Ku mencari kawan baru.. Kawan biar ramai.. Dan di situlah, ku bertemu dengan kawan baik ku yang sangat dipercayai dan aku menganggap dialah kawan yang paling aku sayang. Kami sangat rapat seolah-olah ku rapat dengan sahabat karib aku semasa aku kecil lagi… Namanya “A.I”….. Suka dan duka kita telah mengharungi bersama…

Tetapi sungguh ku tak sangka…. Mungkin tuhan mahu menguji kesabaran dan keimanan ku…

Sahabat karib ku “AI” telah dirampas oleh seseorang dengan begitu mudah sekali…… Bila ku mendapat tahu bahawa,… dia telah berkawan rapat dengan kawan lama ku yang pada masa dahulu sangat rapat iaitu NF….

Seperti hati ditikam sembilu.. Hati ku bagai dirobek-robekkan dan seperti kaca terhempas ke batu.. begitulah perasan hati ku pada masa itu. Hati aku sangat sakit… Sakit dalaman yang teramat sakit sehinggakan air mata ku tidak dapat dititis sudah lagi. Seolah-olah air mata ku sudah kekeringan dan sudah kontang.

Setiap hari ku memikirkan hal ini. Makan pun tak selera. Nak belajar pun sudah tidak ada mood. Apakah yang harus aku lakukan? Selepas beberapa hari itu, ku mengubah sikapku. Ku mencari kawan yang lain dan ku sudah ku bertemu dengannya.. Ku berkawan dengannya dan aku membuat kawan dengan lebih ramai lagi. Tapi ku berbisik pada hati ku ini, ku memberitahu padaku yang aku berkawan hanya kawan biasa. Dan “sahabat karib” sudah tidak ada lagi.. kerana aku tidak mahu dikhianati sebanyak dua tiga kali. Ku sudah serik…

Aku tidak kisah sudah sesiapa mahu mengkritik atau menghina aku. Aku telah membuat keputusan. Aku sudah serik… Dengan itu aku hanya menganggap kawan ku itu adalah kawan baik sahaja.. Aku tidak mahu mengingati pengalaman pahit itu lagi. Sampai sekarang, hati ku masih luka kerana tidak ada ubat yang mampu mengubati luka yang sedalam ini..

Tapi… hanya satu ubat yang mampu menahan kesakitan yang telah ku alami selama ini. Di sebalik bayangan orang, ku sudah bertemu seorang sahabat baik yang tidak akan mengkhianati ku selama-lamanya. Walaupn dia hanyalah bayangan tapi dialah satu-satunya orang yang telah selama ini memberi semangat kepadaku, menolong ku, dan suka dan duka semestinya kita mengharungi bersama. Dan aku percaya, dia tidak akan mengkhianati aku kerana dia lah juga diri aku dan hanya dialah memahami perasaan ku kerana kami seolah sudah menjadi satu…. Dan aku percaya bahawa kami ditakdirkan bersama sebagai kawan yang sangat rapat sampai bila-bila…

Dan disini lah sekarang ku berdiri sebagai insan yang akan berjaya pada suatu hari nanti..

ULASAN:

Ok.. I know this post is too skema.. Mmg I sengaja buat macam tu pn. Tapi I dah menyesal and sedih la. My tatabahasa dah makin teruk sikit. Yela, sekarang kn dah masuk kolej semua kena English. Adoi.. I ingat nak buat sajak tapi tu la bila I tulis balik nih, macam lintang-pukang jer bahasa.. Adoi! Sedih gler. Tu la, ni lah akibatnya dah tinggal Bahasa Melayu lama sangat. Anyway, I dulu memang suka tulis sajak and cerpen pun.. And I malas nak cerita lagi cause nnti org kata I suka berlagak sangat.. HHAHAA! DIAM-DIAM UBI BERISI!!!!!

“KAWAN BIAR RAMAI TAPI MUSUH JANGAN SESEKALI DIUNDANG”

"Hidup ini sekali. HARGAILAH. Kalau pengalaman penjang sejengkal jangan dicabar 100 kaki, kalau hidup setahun jagung, jangan dicabar cengal tinggi sepelaung....."

- Nabi s.a.w bersabda yang bermksud :Segala sesuatu itu ada penyakit. Penyakit bicara adalah bohong, penyakit ilmu adalah lupa, penyakit ibadah adalah riak, penyakit budi pekerti adalah memuji diri, penyakit berani adalah keterlaluan, penyakit pemurah adalah menyebut-nyebut pemberian, penyakit cantik adalah sombong, penyakit bangsawan adalah bangga, penyakit malu adalah lemah, penyakit mulia adalah menonjolkan diri, penyakit kaya adalah kedekut, penyakit taat adalah berlebih-lebihan dan penyakit agama adalah nafsu.


My story ends here!